Titian Takdir (2020) | Episod 1

adminMay 22, 2022



Titian Takdir (2020) | Episod 1
Along pengsan di rumah. Wati begitu risau akan keadaan along dan terus membawa along ke Hospital, doktor memaklumkan along menghidap apendiks dan perlu dibedah dengan segera. Orang kampung telah kecoh tentang anak Wati masuk hospital, namun Che Yun iaitu ibu saudara along sendiri mengendahkan khabar berita itu termasuklah neneknya. Semasa Angah, Ayoi dan Adik berjalan kaki untuk ke sekolah, terserempak dengan Eppi dan Laila iaitu sepupu mereka ke sekolah dengan menaiki kereta, Eppi mengejek mereka bertiga dan mengatakan mereka orang miskin dan tidak mempunyai kereta sepertinya. Kerana tidak puas hati dengan Ayoi dan Aisyah, Eppi menyuruh neneknya pergi memarahi mereka dan mengatakan dia tidak akan ke sekolah jika neneknya tidak memarahi mereka. Disebabkan along masuk Hospital Wati tidak menepati masa ke tempat kerja dan majikannya memecatnya kerana tidak tahan dengan pekerja seperti Wati. Wati gelisah, dimana harus dia mencari duit untuk memberi anak-anaknya makan, dan memberi pembelajaan sekolah untuk anak-anaknya. Wati tanpa rasa malu pergi ke rumah mertuanya dan menuntut hak arwah suaminya untuk menampung pembelajaan Along di hospital. Semasa Wati dalam perjalanan membawa Adik ke hospital sambil mengelamun untuk melintas jalan, Wati dilanggar oleh kereta dan meninggal di tempat kejadian.

Pelakon: Sweet Qismina, Nadia Brian, Syazuwan Hassan, Fimie Don, Atiq Azman, Normah Damanhuri, Mahmud Ali Bashah, Emelda Rosmila.

#TitianTakdir

Tonton episod penuh di:
http://www.tonton.com.my

Langgan Youtube kami:
► TV3: https://bit.ly/2u3wcJV
► TV9: https://bit.ly/2ML14If
► DS: https://bit.ly/2KuVyXd

Ikuti Instagram kami:
► TV3: https://www.instagram.com/tv3malaysia/
► TV9: https://www.instagram.com/tv9malaysia/
► DS: https://www.instagram.com/dramasangat/

source

Categories

Leave a comment

Name *
Add a display name
Email *
Your email address will not be published