[LIVE] Anugerah Drama Sangat 2021

adminMay 22, 2022



Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf diatas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021. Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda World Trade Centre KL tempat anugerah ini berlangsung.

Penyampaian anugerah lima kategori lagi iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Persona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik, Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada hari Ahad jam 12 tengahari, 19 Disember 2021

Sekian, Harap maklum.

___________________________________

Buat julung kalinya, Anugerah Drama Sangat (ADS) – anjuran TV3 – bertemu peminat tegar drama Malaysia. Bertujuan meraikan keringat dan tulang belakang industri hiburan tempatan, ADS turut membuka ruang kepada peminat untuk menunjukkan penghargaan terhadap artis kegemaran mereka selain pengkarya seni di belakang tabir termasuk penerbit, pengarah dan penulis skrip.

13 kategori dipertandingkan di mana lapan daripadanya terbuka untuk undian peminat dan selebihnya melalui penilaian juri profesional. Antara kategori yang dibuka untuk undian adalah Drama Popular, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel, Adaptasi Terbaik dan Babak Tular Drama Terbaik.

Persembahan dari artis-artis antaranya Dato Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Bunga, MK & Noki K Clique, Khai Bahar, Misha Omar, Arif Bahran, Sarah Suhairi, Cassia, Cat Farish, Shiha Zikir, Fimie Don, Hael Husaini dan ramai lagi.

Saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 secara langsung pada 18 Disember 2021, jam 9 malam di TV3 atau melalui platform digital Facebook dan YouTube TV3MALAYSIA.

#anugerahdramasangat #lagidramalagirasa

source

Categories

Leave a comment

Name *
Add a display name
Email *
Your email address will not be published