HIGHLIGHT : Episod 1 – Amer Ni Memang Tak Ada Adab Ke? | Kisah Cinta Kita (2021)

adminMay 22, 2022



HIGHLIGHT : Episod 1 – Amer Ni Memang Tak Ada Adab Ke? | Kisah Cinta Kita (2021)
Pertemuan pertama Aleesa dan Amer adalah secara tak sengaja. Ketika itu Amer dapat panggilan daripada Datuk Ramzi tentang masalah yang melanda Haya Beauty. Amer tergesa-gesa sehingga terlanggar tong sampah dan lopak air. Disebabkan nak cepat, Amer terpaksa bergegas pergi sedangkan tu bukan perwatakan dia. Aleesa yang nampak muka Amer berasa berang, dia ingat kereta dan juga wajah Amer. Ketika Amer tiba di pejabat, Amer dengar kemarahan Datuk Ramzi pada Natasha. Natasha langsung tak hiraukan kemarahan Datuk Ramzi. Pada Natasha, Datuk Ramzi yang buka Haya Beauty untuknya, bukannya dia nak. Isu mercury sehingga membuatkan beberapa orang supplier mahu tarik produk kecantikan keluar dari kedai mereka langsung tak buatkan Natasha kisah. Panggilan telefon daripada Zuhairi yang lebih diutamakan Natasha dan dia mahu keluar dari pejabat Datuk Ramzi. Hal ini buatkan Datuk Ramzi bertambah marah. Walaupun Natasha merupakan cucu tunggal, cucu kesayangannya tetapi sikap Natasha kali ini benar-benar buatkan dia marah.

Pelakon: Amelia Henderson, Aedy Ashraf, Sarah Hildebrand, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Datuk Jalaluddin Hassan, Amyza Aznan, Susan Manen, Arash Mohd

#KisahCintaKita

source

Categories

Leave a comment

Name *
Add a display name
Email *
Your email address will not be published