[FULL] Ramadani (2021) | Episod 1

adminMay 22, 2022



[FULL] Ramadani (2021) | Episod 1
Ramadani sedar yang dia anak orang kaya. Duit berkepuk walaupun tak nampak. Mintak apa pun dapat sekelip mata. Cuma satu jer yang dia susah nak dapat, perhatian dari daddynya, Tuan Rahmat yang sibuk manjang. Tuan Rahmat agak paranoid orangnya, Bimbang Ramadani di culik, Tuan Rahmat sekolahkan dia di rumah. Pergerakkannya terkawal dan di kawal oleh 2 orang bodyguard.
Akibatnya Ramadani rasa dunia nya makin sempit walaupun rumah besar. Tanpa rakan seusia, Ramadani mencari aktiviti untuk mengisi masa lapangnya. Dia dapati aktiviti mengacau orang amat menyeronok kan. Orang yang sering diusik adalah [email protected] nya. Akibatnya, nannynya bertukar hampir setiap bulan..
Tuan Rahmat sedar kenakalan Ramadani yang semakin menjadi-jadi. Dia berharap Ramadani berubah bila dapat ibu baru. Dia bercadang untuk menikahi Lydia lepas raya.
Lydia, terkenal di media sosial. Cantik dan sentiasa kelihatan bergaya meskipun waktu tidur. Cita-cita untuk menjadi isteri seorang jutawan tercapai bila Tuan Rahmat jatuh cinta ngan dirinya. Tapi Tuan Rahmat ni serius macam pak cik-pak cik. Bukan kaki sosial macam dirinya. Lydia terpaksa mengalah/bersabar untuk memiliki kekayaan Tuan Rahmat.
Bahar termenung. Hujan yang turun sejak beberapa hari ni menghalang dia mencari tin kosong untuk di jual. Duit yang ada cukup untuk sekadar sebungkus nasik. Dia tau anak-anaknya Faizal dan Mira lapar. Dia beli sebungkus dan bohong kata dirinya dah kenyang. Tapi Mira menyuapkan nasik kemulutnya..Perangai Mira mengingatkan Bahar pada arwah isterinya, Jamilah. Bahar terpaksa berhenti kerja bila Jamilah semakin lemah. Anak-anaknya juga perlukan perhatian. Jamilah tahu Bahar mengikat perut demi dia dan anak-anak. Lalu Jamilah sering menyuapkan makanannya kemulut Bahar. Di kala Ramadani tidur di tilam empuk, selimut tebal dengan penghawa dingin yang selesa, Faizal tidur berlapikkan kotak dengan adik di sebelah.
Ramadani terkejut bila dapat tahu yang Tuan Rahmat akan kahwin dengan Lydia. Dia tak suka perempuan itu. Bertambah tak suka bila dia terdengar perbualan Lydia semasa bergayut di telefon, tentang rancangannya untuk bolot harta Tuan Rahmat.
Ramadani buat hal. Dia harap Lydia akan batalkan hasratnya untuk kawin dengan Tuan Rahmat. Tapi sebaliknya Lydia semakin nekad. Pada Ramadani di beritahu, dia akan pastikan Ramadani di masukkan ke asrama bila dia dah sah jadi Mrs.Rahmat nanti. Kemarahannya di lepaskan pada nanny nya. Kemarahan dan kenakalan yang menyebabkan nanny nya terjatuh sampai patah tangan
Tuan Rahmat pening nak cari nanny baru. Lydia pulak cakap dia terlalu manjakan Ramadani. Mungkin perlu nanny lelaki yang garang untuk jaga Ramadani. Lydia senyum sinis pada Ramadani. Ramadani panik.
Hujan lebat malam itu. Pak Usup memandu Tuan Rahmat pulang. Kerana kecuaian seorang pemandu mabuk, Pak Usup hilang kawalan dan kereta terbabas. Kemudian mereka mendapati seorang lelaki tercedera tak sedarkan diri dan 2 kanak-kanak menangis di sisi. Mereka adalah Bahar dan anak-anaknya…

Pelakon: Nik Adam Mika, Dhia Irdina, Gen Darwish, Adriana Rafiq, Syamsul Yusof, Hannah Delisha, Azira Shafinaz, Azlee Khairi, Ieda Moin, Shaharuddin Thamby


#Ramadani

Tonton episod penuh di:
http://www.tonton.com.my

Langgan Youtube kami:
► TV3: https://bit.ly/2u3wcJV
► TV9: https://bit.ly/2ML14If
► DS: https://bit.ly/2KuVyXd

Ikuti Instagram kami:
► TV3: https://www.instagram.com/tv3malaysia/
► TV9: https://www.instagram.com/tv9malaysia/
► DS: https://www.instagram.com/dramasangat/

source

Categories

Leave a comment

Name *
Add a display name
Email *
Your email address will not be published